Wednesday, June 9, 2010

Lagi pembunuhan di Palestin!!!

GAZA 9 Jun - Dua lagi mayat pejuang Palestin yang ditembak oleh tentera laut Israel dalam sebuah bot di perairan Genting Gaza kelmarin di temui semalam, menjadikan jumlah mangsa pembunuhan kejam tentera rejim zionis Israel dalam serangan itu meningkat kepada enam orang.

Ketua perkhidmatan kecemasan di Genting Gaza semalam berkata, mayat kedua-dua mangsa itu didapati terdampar di pantai. Empat mayat lagi telah ditemui kelmarin.

Menurut jurucakap kumpulan Briged Syahid Al-Aqsa yang merupakan sayap pejuang bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, kesemua mangsa sedang dalam misi latihan.

-sumber daripada Utusan Malaysia-

No comments:

Post a Comment