SELEPAS menggamit pengguna dengan fungsi dan rekaan cemerlangnya, Blackberry Bold 9700 kali ini ditampilkan pula dengan pilihan warna putih yang cukup elegan.
Dibawakan oleh peneraju rangkaian telekomunikasi tempatan, Maxis Berhad (Maxis), pengguna yang mahu mendapatkannya perlu membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi laman web www.maxis.com.my
Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke, tawaran itu adalah sebagai inisiatif Maxis menawarkan pengguna negara ini gajet dengan rekaan inovatif seiring kecemerlangan aplikasinya.
‘‘Model ini bukan sahaja disempurnakan bersama prestasi unggul, malah ia turut memberi perhatian kepada aspek reka bentuk dan daya penarik.
‘‘Walaupun ia kelihatan ringkas, namun penampilan warnanya yang elegan ini sudah cukup untuk menarik perhatian,’’ katanya.
BlackBerry Bold 9700 dengan pilihan warna putih ini kini boleh didapati dengan tawaran harga RM2,459 untuk pengguna pasca bayar Maxis.
Bayaran itu termasuk Pelan Perkhidmatan Internet Blackberry secara percuma selama 12 bulan yang menawarkan pengguna akses emel, mesej pantas, pelayaran Internet mobiliti tanpa had dan perkhidmatan rangkaian sosial.
Ia turut termasuk pakej suara, sistem pesanan ringkas (SMS), sistem pesanan multimedia (MMS) beserta rangkaian emel sehingga 10 akaun.
Tidak cukup dengan itu, peranti tersebut turut tersedia bersama aplikasi Word, Excel dan PowerPoint selain mempunyai keupayaan sambungan data 3.5G (7.2Mbps) sesuai untuk pelbagai aplikasi tugasan dan hiburan.
100 pengguna pertama yang membuat pembelian akan menerima aksesori percuma iaitu sarung kulit dan set kepala Bluetooth Jabra bernilai RM500.
Maklumat lanjut mengenai model ini boleh diperolehi dengan menghubungi talian 1800 821 123.
-Di petik dari utusan malaysia-
Shah Serizawa Tomoku
Tuesday, July 6, 2010
Thursday, June 10, 2010
Dah buat macam-macam lagi nak bagi ker?
KUALA LUMPUR 9 Jun – Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa kapal-kapal kargo Israel dibenarkan memasuki pelabuhan negara ini untuk tujuan perdagangan.
Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, mereka perlu membuat permohonan untuk kemasukan kali pertama dan diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pelabuhan.
Jelasnya, perkara tersebut turut dinyatakan dalam laporan awal yang diterima oleh kementerian daripada Westports Berhad yang turut menetapkan peraturan untuk dipatuhi oleh kapal-kapal Israel apabila memasuki pelabuhan itu.
Bagaimanapun, menurutnya, beliau sudah mengarahkan supaya Westports Berhad menyediakan laporan lengkap mengenai kemasukan kapal-kapal Israel di pelabuhan itu kepada kementerian untuk diteliti.
“Contohnya, menurut peraturan yang ditetapkan, kapal-kapal Israel tidak boleh menaikkan bendera negara berkenaan apabila memasuki atau berada di sempadan Malaysia.
“Di samping itu, anak-anak kapal tidak dibenarkan meninggalkan kapal apabila berada di dalam perairan Malaysia kecuali jika berlaku kecemasan. Tambahan pula, barang-barang keluaran Israel tidak boleh dibawa masuk ke negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Biro Teknologi Baru dan Inovasi MCA di ibu pejabat parti itu di Jalan Ampang hari ini.
Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuit hari ini mempersoalkan kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sedangkan Malaysia dan Israel tidak menjalinkan hubungan diplomatik.
Justeru, secara automatik hubungan dagang dengan Israel tidak patut berlaku.
Menurut laporan, Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines) telah menyenaraikan beberapa pelabuhan termasuk Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia bagi tujuan berdagang.
Gold Star Line Ltd. ditubuhkan di Hong Kong pada 1958 untuk mengelakkan larangan yang ditetapkan oleh beberapa negara Islam termasuk Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik atau tidak mengakui Israel.
Mengulas mengenai laporan bahawa pelabuhan Malaysia telah menerima kapal kargo Israel sejak 1998, Cho Ha menjelaskan, kemasukan kapal Israel adalah dibenarkan bagi tujuan perdagangan antarabangsa.
Sementara itu, Unit Komunikasi Westports Berhad ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan.
"sepatutnye rasenye dah tak payah bagi 'bangsat' tu masuk dalam malaysia. sentuh pon jangan. Orang israel memang tak boleh bagi muka. Mintak betis nak peha. Cube la pikir wahai sahabat ku"
-sumber dari utusan malaysia-
Terime Kasih

Wednesday, June 9, 2010

Hari ni aku pergi ke Tropicana Medical Centre. Agak terkejut jugak la bile tengok tempat ni agak cantik dan teratur. Dalam je serius macam hotel. Dah la senang nak berurusan. Hantar je borang ke ape semua terus kene panggil. Tapi biase la kan kalau kene tunggu sikit. Yang buat aku teruja sebab tempat die memang cantik sangat. Kalau nak tau kat mane, kat bawah ni ade alamat die and map die. Cube la pegi tengok...
Idaman ku.

Ha!! kalau korang nak tahu,aku ni memang minat nak travel our jenjalan sambil amik gambar. Stakat ni dah banyak gambar dah aku amik. Tapi nanti2 la aku postkan. Nak bagitau sikit,nampak kan gambar camera sebelah ni. Ini lah kamera idaman aku. Nak tau ape yang best sangat,tengok la spec die kat bawah nie...
* High-speed performance
* Refined D-Movie
* AF system with high-density 51-point AF
* Large, bright viewfinder with approximately 100% frame coverage
* DX-format CMOS image sensor; 12.3 effective megapixels
* EXPEED image processing
* Scene Recognition System makes the most of the 1,005-pixel RGB sensor
* Dual card slots for CF/SD memory cards
* Engineered durability
* Easy-to-access Live View mode
* Quiet Shutter-release mode for nonintrusive shooting
* Active D-Lighting for smooth tone reproduction in high-contrast lighting
* Picture Control: Customize the visual style of your images
* Built-in flash with 16mm lens coverage
* Multi-Power Battery Pack MB-D10 (optional)

Additional Nikon D300S Features
* Virtual Horizon that is available in Live View shooting.
* 3-in., 920-k dot high-resolution LCD monitor.
* Highly efficient energy-saving design allows as many as 950 images on a single charge of the Rechargeable Li-ion Battery EN-EL3e. (CIPA Standards)
* Nikon’s Integrated Dust Reduction System including Image Sensor Cleaning function that provides effective dust reduction.
* Versatile in-camera Retouch Menus let you enhance your images without using a computer.
* Compatible with HDMI (High-Definition Multimedia Interface) output. Type C connector (mini size) is employed.
* With the optional GPS Unit GP-1, location information such as latitude, longitude, altitude and time are automatically recorded to each image’s Exif data.
* Exclusive Nikon Software — Nikon Transfer and ViewNX software packages (supplied) for a range of basic photo browsing and editing operations; Capture NX 2, Camera Control Pro 2, and Image Authentication Software (all optional) enable more advanced operation and image editing.
Lagi pembunuhan di Palestin!!!
GAZA 9 Jun - Dua lagi mayat pejuang Palestin yang ditembak oleh tentera laut Israel dalam sebuah bot di perairan Genting Gaza kelmarin di temui semalam, menjadikan jumlah mangsa pembunuhan kejam tentera rejim zionis Israel dalam serangan itu meningkat kepada enam orang.
Ketua perkhidmatan kecemasan di Genting Gaza semalam berkata, mayat kedua-dua mangsa itu didapati terdampar di pantai. Empat mayat lagi telah ditemui kelmarin.
Menurut jurucakap kumpulan Briged Syahid Al-Aqsa yang merupakan sayap pejuang bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, kesemua mangsa sedang dalam misi latihan.
-sumber daripada Utusan Malaysia-

Tuesday, June 8, 2010
Honda Civic EX
Subscribe to:
Comments (Atom)