SELEPAS menggamit pengguna dengan fungsi dan rekaan cemerlangnya, Blackberry Bold 9700 kali ini ditampilkan pula dengan pilihan warna putih yang cukup elegan.
Dibawakan oleh peneraju rangkaian telekomunikasi tempatan, Maxis Berhad (Maxis), pengguna yang mahu mendapatkannya perlu membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi laman web www.maxis.com.my
Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke, tawaran itu adalah sebagai inisiatif Maxis menawarkan pengguna negara ini gajet dengan rekaan inovatif seiring kecemerlangan aplikasinya.
‘‘Model ini bukan sahaja disempurnakan bersama prestasi unggul, malah ia turut memberi perhatian kepada aspek reka bentuk dan daya penarik.
‘‘Walaupun ia kelihatan ringkas, namun penampilan warnanya yang elegan ini sudah cukup untuk menarik perhatian,’’ katanya.
BlackBerry Bold 9700 dengan pilihan warna putih ini kini boleh didapati dengan tawaran harga RM2,459 untuk pengguna pasca bayar Maxis.
Bayaran itu termasuk Pelan Perkhidmatan Internet Blackberry secara percuma selama 12 bulan yang menawarkan pengguna akses emel, mesej pantas, pelayaran Internet mobiliti tanpa had dan perkhidmatan rangkaian sosial.
Ia turut termasuk pakej suara, sistem pesanan ringkas (SMS), sistem pesanan multimedia (MMS) beserta rangkaian emel sehingga 10 akaun.
Tidak cukup dengan itu, peranti tersebut turut tersedia bersama aplikasi Word, Excel dan PowerPoint selain mempunyai keupayaan sambungan data 3.5G (7.2Mbps) sesuai untuk pelbagai aplikasi tugasan dan hiburan.
100 pengguna pertama yang membuat pembelian akan menerima aksesori percuma iaitu sarung kulit dan set kepala Bluetooth Jabra bernilai RM500.
Maklumat lanjut mengenai model ini boleh diperolehi dengan menghubungi talian 1800 821 123.
-Di petik dari utusan malaysia-
Tuesday, July 6, 2010
Thursday, June 10, 2010
Dah buat macam-macam lagi nak bagi ker?
KUALA LUMPUR 9 Jun – Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa kapal-kapal kargo Israel dibenarkan memasuki pelabuhan negara ini untuk tujuan perdagangan.
Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, mereka perlu membuat permohonan untuk kemasukan kali pertama dan diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pelabuhan.
Jelasnya, perkara tersebut turut dinyatakan dalam laporan awal yang diterima oleh kementerian daripada Westports Berhad yang turut menetapkan peraturan untuk dipatuhi oleh kapal-kapal Israel apabila memasuki pelabuhan itu.
Bagaimanapun, menurutnya, beliau sudah mengarahkan supaya Westports Berhad menyediakan laporan lengkap mengenai kemasukan kapal-kapal Israel di pelabuhan itu kepada kementerian untuk diteliti.
“Contohnya, menurut peraturan yang ditetapkan, kapal-kapal Israel tidak boleh menaikkan bendera negara berkenaan apabila memasuki atau berada di sempadan Malaysia.
“Di samping itu, anak-anak kapal tidak dibenarkan meninggalkan kapal apabila berada di dalam perairan Malaysia kecuali jika berlaku kecemasan. Tambahan pula, barang-barang keluaran Israel tidak boleh dibawa masuk ke negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Biro Teknologi Baru dan Inovasi MCA di ibu pejabat parti itu di Jalan Ampang hari ini.
Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuit hari ini mempersoalkan kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sedangkan Malaysia dan Israel tidak menjalinkan hubungan diplomatik.
Justeru, secara automatik hubungan dagang dengan Israel tidak patut berlaku.
Menurut laporan, Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines) telah menyenaraikan beberapa pelabuhan termasuk Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia bagi tujuan berdagang.
Gold Star Line Ltd. ditubuhkan di Hong Kong pada 1958 untuk mengelakkan larangan yang ditetapkan oleh beberapa negara Islam termasuk Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik atau tidak mengakui Israel.
Mengulas mengenai laporan bahawa pelabuhan Malaysia telah menerima kapal kargo Israel sejak 1998, Cho Ha menjelaskan, kemasukan kapal Israel adalah dibenarkan bagi tujuan perdagangan antarabangsa.
Sementara itu, Unit Komunikasi Westports Berhad ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan.
"sepatutnye rasenye dah tak payah bagi 'bangsat' tu masuk dalam malaysia. sentuh pon jangan. Orang israel memang tak boleh bagi muka. Mintak betis nak peha. Cube la pikir wahai sahabat ku"
-sumber dari utusan malaysia-
Terime Kasih

Wednesday, June 9, 2010

Hari ni aku pergi ke Tropicana Medical Centre. Agak terkejut jugak la bile tengok tempat ni agak cantik dan teratur. Dalam je serius macam hotel. Dah la senang nak berurusan. Hantar je borang ke ape semua terus kene panggil. Tapi biase la kan kalau kene tunggu sikit. Yang buat aku teruja sebab tempat die memang cantik sangat. Kalau nak tau kat mane, kat bawah ni ade alamat die and map die. Cube la pegi tengok...
Idaman ku.

Ha!! kalau korang nak tahu,aku ni memang minat nak travel our jenjalan sambil amik gambar. Stakat ni dah banyak gambar dah aku amik. Tapi nanti2 la aku postkan. Nak bagitau sikit,nampak kan gambar camera sebelah ni. Ini lah kamera idaman aku. Nak tau ape yang best sangat,tengok la spec die kat bawah nie...
* High-speed performance
* Refined D-Movie
* AF system with high-density 51-point AF
* Large, bright viewfinder with approximately 100% frame coverage
* DX-format CMOS image sensor; 12.3 effective megapixels
* EXPEED image processing
* Scene Recognition System makes the most of the 1,005-pixel RGB sensor
* Dual card slots for CF/SD memory cards
* Engineered durability
* Easy-to-access Live View mode
* Quiet Shutter-release mode for nonintrusive shooting
* Active D-Lighting for smooth tone reproduction in high-contrast lighting
* Picture Control: Customize the visual style of your images
* Built-in flash with 16mm lens coverage
* Multi-Power Battery Pack MB-D10 (optional)

Additional Nikon D300S Features
* Virtual Horizon that is available in Live View shooting.
* 3-in., 920-k dot high-resolution LCD monitor.
* Highly efficient energy-saving design allows as many as 950 images on a single charge of the Rechargeable Li-ion Battery EN-EL3e. (CIPA Standards)
* Nikon’s Integrated Dust Reduction System including Image Sensor Cleaning function that provides effective dust reduction.
* Versatile in-camera Retouch Menus let you enhance your images without using a computer.
* Compatible with HDMI (High-Definition Multimedia Interface) output. Type C connector (mini size) is employed.
* With the optional GPS Unit GP-1, location information such as latitude, longitude, altitude and time are automatically recorded to each image’s Exif data.
* Exclusive Nikon Software — Nikon Transfer and ViewNX software packages (supplied) for a range of basic photo browsing and editing operations; Capture NX 2, Camera Control Pro 2, and Image Authentication Software (all optional) enable more advanced operation and image editing.
Lagi pembunuhan di Palestin!!!
GAZA 9 Jun - Dua lagi mayat pejuang Palestin yang ditembak oleh tentera laut Israel dalam sebuah bot di perairan Genting Gaza kelmarin di temui semalam, menjadikan jumlah mangsa pembunuhan kejam tentera rejim zionis Israel dalam serangan itu meningkat kepada enam orang.
Ketua perkhidmatan kecemasan di Genting Gaza semalam berkata, mayat kedua-dua mangsa itu didapati terdampar di pantai. Empat mayat lagi telah ditemui kelmarin.
Menurut jurucakap kumpulan Briged Syahid Al-Aqsa yang merupakan sayap pejuang bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, kesemua mangsa sedang dalam misi latihan.
-sumber daripada Utusan Malaysia-

Tuesday, June 8, 2010
Honda Civic EX
Rm 7,000 dan penjara 12bulan sahaja untuk ‘bunuh’ bayi?
KUALA TERENGGANU 7 Jun – Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, dekat sini hari ini menangis teresak-esak selepas dihukum penjara 12 bulan dan denda RM7,000 kerana membuang bayi yang dilahirkannya, dua tahun lalu.
-sumber Utusan Malaysia Online-
“Ini sahaja hukuman yang dapat diberikan oleh mahkamah setelah “binatang” itu sanggup membuang bayi yan tak berdosa?”. Persoalannya sekarang,bukankah hukuman itu terlalu ringan untuk orang yang sanggup membunuh? Adakah berbaloi hukuman ini? Dah la buat maksiat,pastu bunuh pulak anak tu? Entahla… Dunia,dunia… Ape pandangan anda? Ape hukuman yang anda rase berbaloi? Kalau ikutkan hati macam nak bunuh je dua2 “binatang” tu. Tapi sape kite untuk menentukan hukumankan? Allah je yang mampu menentukan. Inilah Malaysia sekarang!!!

Punca Perpecahan Islam
BEBAS beragama dalam erti kata melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, adalah antara nikmat terbesar bagi umat Islam di Malaysia. Hakikatnya, kita di Malaysia tidak perlu rasa bimbang atau curiga untuk beribadat di masjid atau surau pada bila-bila masa. Malangnya, dalam keterbukaan itu, berlaku cubaan-cubaan untuk menjadikan masjid dan surau sebagai ‘gelanggang berpolitik’. Natijahnya, berlakunya label melabel dan berpuak-puak yang akhirnya menyebabkan masjid yang antara fungsinya untuk menyatukan umat bertukar kepada tempat bermasam muka dan perpecahan. Sedangkan Allah menegaskan supaya umat Islam bersatu-padu dan jangan berpecah-belah. Ia sebagaimana firman Allah yang maksud-Nya: Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan nikmat-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. (ali-‘Imran: 103) Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZHAFARAN NASIB menemu bual Pengerusi Rancangan Pengajian Islam, Fakulti Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Mohd. Farid Mohd. Sharif bagi mengupas isu ini. Mega: Dalam al-Quran di atas Allah menjelaskan kepentingan jangan berpecah-belah. Malangnya, akhir-akhir ini, umat Islam dilihat sudah berpecah akibat perbezaan ideologi politik. Apakah natijahnya jika hal ini berlarutan? DR. FARID: Kepentingan perpaduan umat Islam jelas dapat dilihat menerusi firman Allah dalam surah ali-‘Imran tadi. ‘Nikmat’ yang dimaksudkan oleh Allah menerusi ayat tersebut ialah Islam. Allah menyebut Islam itu sebagai nikmat yang membuatkan manusia itu bersaudara dan bersatu padu. Oleh itu, menolak atau merosakkan perpaduan boleh dianggap seperti menolak rahmat Allah. Allah telah menjanjikan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan akhirat kepada mereka yang mementingkan ikatan persaudaraan dan menjauhkan persengketaan. Sejarah perpecahan umat Islam bermula sejak awal lagi, iaitu pada tahun 37 Hijrah, dalam Perang Siffin, perang saudara yang pertama dalam sejarah umat Islam, antara kumpulan Ali dengan kumpulan Muawiyah. Konflik ini timbul bukan berpunca daripada soal agama tetapi disebabkan kepentingan politik, rebutan kuasa dan perkauman. Oleh itu, saya berpendapat selagi umat Islam berbeza daripada sudut pemikiran dan ideologi, selagi itulah akan ada konflik antara mereka. Lagi satu saya ingin jelaskan bahawa dalam masyarakat itu sendiri ramai antara mereka terdiri daripada orang yang kecewa. Antaranya ada dalam kalangan mereka yang kecewa dalam politik, kecewa kerana tidak naik pangkat, kecewa kerana tidak berkahwin atau tidak bertemu jodoh yang sesuai dan sebagainya. Mereka ini kemudiannya akan mewujudkan kumpulan, persatuan atau parti politik dan melahirkan kekecewaan terhadap realiti yang mereka lalui. Kita semua sudah sedia maklum bahawa antara kesan yang akan timbul daripada perpecahan ini ialah umat Islam akan hilang jati diri dan maruah. Ramai pemikir Islam telah melahirkan kebimbangan ini, antaranya ialah Malik ben Nabi. Beliau berkata umat Islam mestilah menjadi seperti air yang bertakung di atas tanah tinggi dan mampu mengalirkannya ke tanah rendah. Kerana air yang berada di bawah tidak akan sesekali mengalir ke atas. Kebimbangan yang sama juga telah dinyatakan oleh Shakib Arsalan dan Sheikh Ali al-Nadwi. Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik menjadi salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan umat Islam. Lebih menyedihkan, masjid yang sepatutnya menjadi lokasi penyatuan ummah turut terkena tempias perpecahan ini. Menyebabkan ada pihak yang tidak lagi mahu berjemaah di masjid. Apa pandangan Islam tentang hal ini? DR. FARID: Apabila orang bukan Islam bertanya kepada saya, “Apakah maksud orang Islam”, jawapan saya yang mudah, orang Islam itu ialah orang yang percaya kepada Allah yang satu, al-Quran yang satu, nabi yang seorang iaitu Muhammad SAW. Perpaduan umat Islam lahir daripada kepercayaan yang sama ini berasaskan kepada tauhid. Walau di mana mereka berada sekalipun, tidak semestinya hanya di masjid, bahkan di tempat kerja, atau di padang rekreasi, orang Islam tetap dikatakan bersaudara. Memang benar masjid itu menjadi tempat terbaik untuk umat Islam menyemai konsep tauhid ini. Masjid adalah milik umat Islam secara berjemaah, tidak sepatutnya menjadi harta milik individu atau puak tertentu. Orang yang pergi ke masjid niatnya mahu mencari ketenangan dan kekhusyukan, tetapi jika ketenangan yang dicari-cari itu tidak ditemui di masjid, kerana wujudnya gangguan atau tindakan yang tidak sewajarnya, maka orang itu akan berpendapat apa perlu lagi dia ke masjid. Hal inilah kadangkala yang menjadi faktor kenapa sesetengah masjid tidak begitu digemari oleh orang ramai. Disiku jemaah Pakistan Sebagai contoh, saya teringat suatu peristiwa. Pada suatu hari, seorang pelajar Malaysia di London telah singgah di sebuah masjid ‘orang Pakistan’ untuk solat Jumaat. Dia nyaris-nyaris tumbang kerana disinggung oleh orang di sebelahnya. Setiap kali imam selesai membaca surah al-Fatihah, pelajar Malaysia itu mengulanginya dengan suara yang rendah, tetapi agaknya terdengar oleh orang di kirinya. Jadi, dua kalilah orang di sebelah menyiku pelajar Malaysia itu, kali kedua lebih kuat daripada yang pertama. Solatnya tidak khusyuk kerana perbuatan orang Pakistan itu. Selepas solat, pelajar Malaysia itu bertanya kepada orang Pakistan itu kenapa dia disiku ketika sedang bersolat. Orang Pakistan itu menjawab bahawa menurut mazhabnya, para jemaah tidak perlu atau tidak boleh mengulangi bacaan al-Fatihah. Bila cerita ini tersebar, orang Malaysia takut hendak bersolat di masjid itu, takut kena siku dan kena leter jika tidak mengikuti cara mereka. Ada yang berhujah, pada zaman nabi politik dibenarkan di masjid. Maka, sekarang pun tidak ada halangan berpolitik di masjid. Soalnya, politik bagaimana yang dibolehkan dalam Islam? DR. FARID: Secara umumnya, penyatuan ummah dapat dilihat daripada dua dimensi. Pertama, penyatuan luaran iaitu kerukunan muafakat, memperkemas keadaan politik negara demi kepentingan masyarakat secara kolektif. Kedua, penyatuan dalaman yang lahir dalam bentuk ikatan kejiwaan dan kerohanian. Maksud penyatuan ummah mengikut dimensi pertama adalah merujuk kepada kerukunan politik kerana masing-masing berkongsi kepentingan umum seperti menetap dan bekerja di negara yang sama. Jika dibandingkan antara satu negeri dengan negeri yang lain, ia adalah perpaduan sosial sesebuah masyarakat yang sama dari segi penghayatan agamanya walaupun berbeza warna kulit, budaya dan loghat pertuturannya. Usaha untuk menyatukan bangsa Melayu dan umat Islam oleh ahli-ahli politik dalam negara ini merupakan satu aktiviti yang baik dan sangat dialu-alukan. Namun begitu, kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin. Satu perkara lagi yang ingin saya jelaskan ialah kita perlu membezakan antara maksud ‘berbincang tentang politik’ dengan ‘berpolitik’ dalam masjid. Jika berbincang tentang politik di masjid, saya fikir hal itu tiada salahnya. Memang benar inilah antara aktiviti yang dijalankan di masjid pada zaman nabi. Sebagai contoh, berbincang atau berdebat tentang isu pendidikan negara, isu kenaikan cukai, isu kenaikan harga barang, isu pendatang asing dan lain-lain. Semua isu ini memang berkaitan dengan politik dan boleh diperdebatkan di dalam masjid. Tujuannya untuk memberi kefahaman kepada anggota masjid yang lain dan menyalurkan maklumat penting berkaitan negara. Hal yang menjadi masalah jika mereka ‘berpolitik’ dalam masjid. Maksud ‘berpolitik’ di sini adalah berkempen politik iaitu berkempen untuk menaikkan imej sesuatu pihak dan menjatuhkan imej satu pihak yang lain. Tentulah dalam berkempen politik ini ada pihak yang akan menggunakan cara atau kaedah yang kurang wajar seperti membuka aib atau keburukan pihak lain, melakukan fitnah dan mengumpat. Saya berpendapat bahawa cara ‘berpolitik’ dalam masjid seperti inilah jika tidak dibendung akan mendorong berlakunya perpecahan dalam masyarakat.
Subscribe to:
Comments (Atom)